ANTARA cabaran yang harus digalas seseorang bergelar pelakon ialah mereka perlu melakonkan pelbagai watak yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Sekiranya mereka tidak menggemari genre seram, pastinya mereka terpaksa memcabar diri untuk melakonkan watak tersebut demi membuktikan bakat lakonan mereka adalah pelbagai.
Pelakon popular, Lisa Surihani mendedahkan dia sebenarnya seorang yang tak sukakan filem bergenre seram namun mencabar dirinya untuk memegang watak Lena dalam filem seram terbaharu terbitan KRU Studios iaitu Dendam Orang Mati.
Menurut Lisa yang dipetik Warta Daily, “saya bukan penggemar cerita horror ataupun takut. Bagi mereka yang mengenali saya tahu saya tak boleh.. I’m not a fan”.
“Sewaktu saya ditawarkan untuk membawa watak ini saya awal-awal cakap ‘No.. I dont think I can do this,” katanya.
Bagi memantapkan lakonannya dalam filem itu, Lisa mendapat tunjuk ajar daripada Fauziah Nawi untuk menghidupkan lagi wataknya sebagai Lena.
Filem seram arahan Jason Leong ini bakal menemui anda pada 23 Oktober depan yang turut dibintangi Fizz Fairuz dan Miera Liyana. – MYNEWSHUB
Oleh : AUDREY LEE