Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Keluarga Anwar Restu Rafizi...

KEHADIRAN Nurul Izzah Anwar dalam kem diketuai Rafizi Ramli, seakan-akan beri mesej bahawa...

Ibu Anak 5 Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu anak lima dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah...

UMNO PAS Bentuk Kerjasama...

KOTA BHARU – UMNO dan PAS akan memeterai satu piagam bersama selepas Aidilfitri...

Raja Muda Perlis Lancar...

KUALA PERLIS - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan...

Love, Rosie – Dari Persahabatan Bertukar Cinta

Ibarat bait-bait lirik lagu dendangan Jason Mraz dan Colbie Cailatt, Lucky, naratif penceritaan filem garapan pengarah Christian Ditter ini mengisahkan perasaan cinta yang berselindung di sebalik ikatan persahabatan.

Watak Alex dan Rosie merupakan sahabat baik semenjak kecil. Melewati usia remaja, mereka mula terdedah dengan pelbagai pengalaman seperti memiliki teman.

Tanpa sedar, mereka menaruh perasaan terhadap satu sama lain, namun masing-masing tidak mengakuinya dan memilih untuk meneruskan hubungan atas terma persahabatan sahaja.

Ketika Alex diterima di sekolah perubatan Harvard, Rosie pula mendapat perkhabaran bahawa dia hamil. Lantas, dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dari Alex.

Namun, kata pepatah, kalau jodoh tidak ke mana. Selepas menghadapi pelbagai pengalaman dengan pasangan masing-masing seperti penceraian, kecurangan dan perpisahan, mereka sedar yang mereka ditakdirkan untuk bersama.


Pendukung watak Alex dan Rosie iaitu Sam Claflin dan Lily Collins berjaya membuai penonton dengan elemen romantik, sedih dan komedi dalam satu rasa.

Adaptasi dari karya novel ‘Where Raibows End’ tulisan Cecelia Ahern boleh diletakkan dalam kelasnya yang tersendiri walaupun pada sebahagian jalan cerita, ianya kelihatan klise. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori