Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Ketika Memecah...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki ditahan anak pemilik rumah ketika memecah masuk rumah...

Malaysia Tarik Lebih Banyak...

NEW DELHI - Malaysia bersedia untuk menarik lebih banyak kes timbang tara dari...

‘Tentera Bawang’ Ajar Pembuli...

KUALA LUMPUR - 'Tentera bawang' telah mengambil tugas mengajar pembuli siber yang didakwa...

Jenazah Jamaluddin Jarjis Dikebumi...

KUALA LUMPUR - Anak Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ikhwan Hafiz berkata jenazah bapanya...

Mahasiswa Pro-Pembangkang Sokong Program Anwar Di UM

KUALA LUMPUR – Gerakan Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) berdegil mahu menghadiri perogram bertajuk “40 Tahun: Dari Universiti Malaya Ke Penjara” di Dataran Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya (UM) di sini pada Isnin ini meskipun program itu dilarang pengurusan universiti berkenaan.

Pengasas Ganyang, Adrian Lim Chee En menegaskan, ahlinya yang terdiri daripada 20 persatuan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan menghadiri program tersebut kerana program berkenaan tidak menyalahi undang-undang negara.

“Penganjuran program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” bukan satu jenayah. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang rakyat Malaysia. Haknya sama seperti setiap Rakyat Malaysia yang lain.

“Jika orang awam dibenarkan keluar masuk daripada UM, apatah lagi seorang alumni UM (Anwar),” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.

Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof. Datuk Rohana Yusof semalam berkata, pihaknya melarang penganjuran program terbabit kerana ia melanggar peraturan universiti.


Program itu juga mencemarkan imej dan memberi pandangan negatif terhadap universiti berkenaan justeru tidak mendapat mendapat kebenaran rasmi pentadbiran UM.

Chee En dalam pada itu kesal kerana UM mahu mengenakan tindakan disiplin ke atas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol kerana menganjurkan program berkenaan.

“Apa salahnya Fahmi melindungi hak Anwar sebagai seorang alumni UM?. Mengapa Anwar dilihat sebagai musuh nombor satu UM dari kaca mata pihak pengurusan UM,” dakwanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori