Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lap Najis Guna Tisu...

PAKAR memberi amaran bahawa tisu tandas tidak membantu langsung dalam membersihkan najis walaupun...

Jangkitan Kuman, Elfira Loy...

PELAKON cantik Elfira Loy kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di...

Belanja Mengurus Agong Hanya...

PERBELANJAAN rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sepanjang tahun lalu dan awal...

Bekas Tentera Amuk Dalam...

SUTHERLAND Springs (Amerika Syarikat) - Seorang bekas anggota tentera udara melepaskan tembakan rambang...

Mahkamah Kekalkan Pengharaman Buku, Tolak Saman Penulis

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku “The March to Putrajaya – Malaysia’s New Era is at Hand” tulisan penganalisis politik Yong Thye Chong.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menolak rayuan Yong, 75, yang juga dikenali dengan nama pena Kim Quek, dan penerbit buku setebal 361 muka surat itu, Oriengroup Sdn Bhd.

Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Julai, 2011, yang menolak permohonan mereka bagi semakan kehakiman untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku itu dan rampasan 29 naskhah buku itu dari tiga kedai buku.

Hakim Abdul Wahab berkata mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, polis tidak dilarang merampas buku itu untuk penyiasatan.

Beliau berkata berikutan rampasan buku itu tidak dibuat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, semakan kehakiman yang bergantung pada akta itu sebenarnya tidak timbul.


Dua lagi hakim bersidang dalam panel itu ialah Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk David Wong Dak Wah.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Zaini Fishir membacakan penghakiman Mahkamah Ryuan itu di mahkamah.

Yong diwakili peguam Aston Paiva manakala Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail mewakili responden Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, ASP Zul Azhar Mokhtar, ASP Mohd Fahmi Daraman Sah, Cif Insp Nahar Yamen dan kerajaan.

Aston memberitahu pemberita beliau akan memohon mendapatkan salinan penghakiman mahkamah itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan diambil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori