Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

SPRM, Jabatan Audit Negara...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara (JAN) sedang...

Wak Doyok Didakwa Guna...

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari...

Memandu Mabuk, Pelajar Kolej...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol seorang pelajar sebuah kolej...

Najib Jawab Tohmahan Jahat...

BIDAS... Wall Street Journal (WSJ) sekali lagi buat dakwaan jahat konon kerajaan China...

Mahkamah Tolak Rayuan Messi Atas Dakwaan Penipuan Cukai

BARCELONA – Mahkamah di Sepanyol, semalam menolak rayuan dikemukakan peguam bintang bola sepak, Lionel Messi untuk menggugurkan dakwaan penipuan cukai terhadap bintang Barcelona itu.

Hakim yang mengendalikan kes itu menolak permohonan Messi untuk dikecualikan daripada kes itu serta bapanya yang dituduh melakukan penipuan pembayaran cukai berjumlah 5.3 juta dolar (RM17.2 juta) pada 2007 hingga 2009.

“Untuk jenayah seperti ini, tidak semestinya seseorang itu perlu mempunyai kefahaman yang sepenuhnya dalam bidang perakaunan dan operasi perniagaan atau kuantiti yang tepat.

“Sebaliknya, adalah mencukupi untuk mereka mengetahui bentuk tujuan penipuan itu dan bersetuju dengan mereka,” kata Mahkamah itu yang dikeluarkan dalam satu kenyataan.

Firma perhubungan awam Messi kemudian mengeluarkan kenyataan sejurus keputusan itu dikeluarkan dengan mengatakan peguam bintang Argentina itu akan memfailkan rayuan kedua kepada Mahkamah lebih tinggi di Barcelona.


Penolakan rayuan itu dikeluarkan oleh Mahkamah yang sama di Gava, lokasi berdekatan kawasan perumahan bintang itu di pinggir Barcelona yang memutuskan pada Julai lalu berkata kes itu perlu membabitkan Messi dan bapanya.

Rayuan Messi tetap ditolak sekalipun pendakwa negeri memberi cadangan bintang Argentina perlu dikecualikan atas alasan yang sama.

Bapa kepada Messi membuat bayaran lebih daripada 6.6 juta dolar (RM21.4 juta) pada Ogos 2013 untuk membayar kembali jumlah cukai yang tidak dibayar termasuk bunga. – AP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori