Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sepucuk Surat Tazkirah Buat...

BOSAN kerana keretanya sering dicuri, seorang lelaki telah menulis sepucuk surat yang boleh...

Bakal Haji Kemboja Terkandas...

BESAR sungguh dugaan bakal haji dari kemboja ini apabila mereka terkandas di Lapangan...

Jotun Sumbang 2,500 Liter...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 2,500 liter cat 'Jotashield Antifade Colours' keluaran Syarikat Jotun...

Mawla Amin Bukan Warga...

RABAT - Teka-teki tentang status sebenar kewarganegaraan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed...

Majoriti Rakyat Terima, Faham Pelaksanaan GST

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar rakyat sudah boleh menerima dan memahami usaha kerajaan berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata majoriti rakyat sedar GST perlu bagi mengukuhkan ekonomi dan pembangunan negara.

“Kerajaan lakukan transformasi untuk ekonomi negara dan hasilnya nanti akan dipulangkan semula kepada rakyat. Pelaksanaan GST bukan sahaja dibuat oleh kerajaan tetapi juga para peniaga,” katanya menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ahmad juga berkata pelaksanaan GST bermula 1 April itu adalah kena pada masanya memandangkan ekonomi negara yang stabil dan kadar inflasi terkawal pada kadar 3.3 peratus.

Menurutnya setakat semalam 76,315 syarikat perniagaan telah berdaftar untuk pelaksanaan GST.

Jumlah keseluruhan syarikat yang dijangka mendaftar ialah sekitar 124,500 syarikat dan ini melepasi sasaran Jabatan Kastam Diraja Malaysia iaitu 123,00 syarikat, katanya.


Mengenai persiapan pula, beliau berkata antara langkah yang diambil oleh kastam ialah mengeluarkan Panduan GST untuk industri, peniaga dan rakyat.

Selain itu, kastam juga dalam proses mengambil 677 warga kerja baharu bagi menampung 1,227 tenaga kerja sedia ada untuk pelaksanaan GST.

Ahmad berkata sistem pengkomputeran MyGST yang dibangunkan bagi melicinkan proses pelaksanaan GST juga sedang diuji.

Bermula 1 April tahun depan, GST yang berkadar enam peratus akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang yang berkadar keseluruhan 16 peratus. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori