Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Masih Lama Lagi Untuk...

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Jumaat, pandemik Covid-19 masih akan mengambil masa...

Lelaki Arab Ini Dikritik...

GAMBAR seorang lelaki di Arab Saudi yang dianggap terlampau melindungi isterinya hingga menutup...

Jika Rombak Kabinet Terdekat,...

SINDIR... Sekiranya berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat, ia boleh bawa kepada tafsiran...

PPIM Mohon Maaf Kepada...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini memohon maaf kepada...

Bajet 2015: Nantikan Pengumuman Pemberian Subsidi Petroleum

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membangunkan satu mekanisma baharu pemberian subsidi petroleum yang akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langkah ini dilakukan untuk memastikan pemberian subsidi yang lebih bersasar serta mengambil kira kesedaran dan kesediaan rakyat terhadap langkah rasionalisasi subsidi.

Katanya kini lebih RM21 bilion setahun diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG.

“Peruntukan subsidi telah meningkat lebih 14 kali ganda daripada RM1.65 bilion pada 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah,” katanya ketika membentangkan Bajet 2015 yang bertemakan “Ekonomi Keperluan Rakyat” di Parlimen hari ini.

Katanya ini berlaku disebabkan peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada 2013.


Jelas Najib, kerajaan telah memperuntukkan RM588 juta bagi pelbagai subsidi pada 1994 dan jumlah ini telah meningkat kepada RM40.5 bilion pada 2014.

“Bagi menambah baik kedudukan kewangan awam, kerajaan komited untuk melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi terutamanya subsidi petroleum.

“Langkah ini bertujuan memastikan pemberian subsidi lebih bersasar serta mengurangkan ketirisan dan penyeludupan,” katanya.

Najib berkata kerajaan akan memastikan langkah rasionalisasi subsidi dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan ia tidak membebankan rakyat – BERNAMA.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori