Wow, hanya itu yang boleh kami katakan setelah menonton video berdurasi 2.18 minit ini.
Dengan menggunakan teknologi pemetaan wajah masa nyata atau real-time facial mapping, wajah seorang model telah ditransformasi menjadi pelbagai wajah yang berlainan sama sekali. Sangat hebat!
Dicipta oleh seorang pakar CGI dari Jepun, Nobumichi Asai, reka bentuk grafik khas ini menggunakan kamera yang menggunakan kadar fps tinggi serta dilengkapi dengan perisian pengesanan wajah masa nyata dan sebuah projektor yang direka bagi memaparkan emej realiti ke atas wajah subjek.
Kewujudan teknologi ini membuatkan kami bertambah teruja apabila membayangkan pelbagai kemungkinan di masa hadapan yang boleh dilakukan.
Pada masa akan datang, pasti pementasan teater atau sketsa akan menjadi semakin menarik untuk ditonton jika teknologi ini dilaksanakan sepenuhnya.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC