Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ular Sawa 150 Kilogram...

PEKAN - Penduduk di Taman Pelangkah di sini gempar dengan kehadiran seekor ular...

MH17: Waris Mangsa Dibenar...

AMSTERDAM - Keluarga serta waris mangsa nahas pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17 pertama...

Ibu Tenat, Rakam Ucapan...

MENYEDARI  bahawa dirinya tidak mempunyai masa yang panjang untuk hidup, seorang ibu telah...

9 Cedera Tembak Menembak...

LOS ANGELES - Empat anggota polis cedera dalam kejadian tembak menembak dengan seorang...

Malaysia Terpilih Sebagai Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB!

Seperti yang dilaporkan Mynewshub petang tadi, Malaysia memenangi  satu daripada lima kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal bermula Januari depan.

Daripada 192 negara yang mengundi, sebanyak 187 menyokong Malaysia secara mutlak agar mewakili rantau Asia Pasifik.

Kali terakhir Malaysia menduduki kerusi berkenaan adalah pada tahun 1999.

Kejayaan kali ini mengharumkan lagi nama negara di pentas politik dunia.

Tiga lagi negara lain yang turut dipilih malam ini adalah Angola (190 undian), Venezuela (181) dan New Zealand (145).

Turki dan Sepanyol yang turut bertanding gagal mendapat tempat kerana kedua negara berkenaan tidak menerima undi dua pertiga seperti yang ditetapkan PBB untuk menduduki kerusi berkenaan.

Satu lagi pusingan pengundian akan diadakan bagi memilih antara kedua negara itu tidak lama lagi.

Pengundian bagi menentukan lima negara berkenaan dilakukan bagi melengkapkan 15 anggota majlis itu yang turut terdiri lima negara kuasa besar dunia iaitu Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat yang merupakan pemegang kerusi tetap dengan kuasa veto.


Manakal 10 lagi negara merupakan pemegang kerusi tidak tetap.

Negara yang terpilih menduduki kerusi anggota tidak tetap berkenaan akan bersama-sama menyumbang kepada keputusan penting dunia berkaitan pergolakan, sekatan, peperangan dan juga perdamaian.

Kerusi anggota tidak tetap dianggap sebagai satu penghormatan diplomatik paling berharga kerana ia akan meningkatkan profil sesebuah negara sekaligus meningkatkan pengaruh sesebuah negara itu.

Angola, Venezuela dan Malaysia bakal menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Argentina, Rwanda dan Korea Selatan selepas tamat penggal dua tahun keanggotaan di dalam majlis itu.

Malaysia pernah menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali sebelum ini bermula 1965, disusuli penggal 1989-1990 dan 1998-1999.– MYNEWSHUB

chemical_syria_2909_840_531_100

GAMBAR REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori