Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isteri Belasah Suami Sampai...

SEORANG wanita dari Ahmedabad, India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah...

Dadah Dirampas Di Selangor...

SHAH ALAM - Polis Selangor merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM73.3 juta serta...

Kedai Dicemuh Lempang Staf...

SEBUAH kedai nasi ayam popular di Melaka, Ee Ji Ban Chicken Rice Ball...

Tidak Kenal Sejarah Buat...

JOHOR BAHRU - Penaik bendera ketika 31 Ogos 1957, Leftenan Komander (B) Mohamed...

Manchester City Perlu Jadi Lebih Baik – Kompany

MOSCOW – Kapten Manchester City, Vincent Kompany mengakui kelab itu perlu tampil lebih bertenaga seandainya mahu layak ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah selepas diikat CSKA Moscow seri 2-2 di laman lawan, awal pagi tadi.

Juara Inggeris itu seakan mampu membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan Kumpulan E itu selepas mendahului 2-0 berakhir babak pertama namun aksi longlai babak kedua memaksa mereka terus gagal memburu kemenangan pertama dalam kempen Eropah musim ini.

Pemain CSKA, Seydou Doumbia merapatkan defisit sebelum Bebars Natcho menyamakan kedudukan menerusi penalti pada lewat perlawanan meninggalkan City kekal di kedudukan ketiga kumpulan.

“Dalam kejohanan ini, perbezaannya sentiasa kecil,” kata Kompany yang masih percaya City dinafikan penalti oleh pengadil pada babak pertama perlawanan.


“Jelas babak pertama kami bagus dan kedua tidak begitu baik. Semuanya tidak menjadi buat kami dan bagi saya keadaan seperti itu mendatangkan masalah kepada kami.

“Namun kami perlu melihat kepada diri kami sendiri dan kami sedar perlu menang dan tahu kami perlu menjadi lebih baik,” katanya.

Perlawanan menentang CSKA berlangsung dalam suasana asing di stadium kosong dengan City meledak gol pembukaan menerusi Sergio Aguero sebelum James Milner meletakkan City selesa 2-0 berakhir babak pertama. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori