Melalui laman sosial Facebook semalam, Ustaz Kazim Elias mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar tidak mempercayai satu iklan pelancongan menaiki kapal pelayaran (cruise) bersama beliau.
Menurutnya, tiada sebarang perjanjian atau persetujuan pernah dilakukan antaranya dengan syarikat tersebut. Nah, apa cerita ni?
“Hati-hati dengan laman web Lavender Mummy Blogspot yang memaparkan iklan pengembaraan cruise bersama Ustaz Kazim. TIADA sebarang perbincangan atau perjanjian bersama pihak tersebut. Ustaz Kazim akan membuat laporan polis terhadap blogger terbabit,” tulis figura tersebut.
Muat naik status tersebut kemudiannya mendapat banyak maklum balas dari pengikut penceramah bebas itu dan menyokong tindakannya untuk melaporkan kepada polis.
Memetik sumber dari laman lekatlekitgurl, blogger tersebut yang juga seorang OKU dikatakan memiliki rekod buruk dalam kes penipuan seperti ini.
Menurut sumber laman blog sama juga, wanita tersebut, Nur Zusilawati bijak memanipulasikan penipuannya dengan ‘menjelmakan’ diri sebagai individu lain, antaranya model dan kakitangan kerajaan.
Kalau ya pun nak cepat kaya, bukannya dengn cara menipu Kak! Banyak lagi cara halal yang boleh dibuat. – MYNEWSHUB
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR