RAMAI yang sedia maklum tentang kerajaan China menyekat laman Facebook, namun pengasasnya tidak pernah berputus asa untuk memenangi hati dan minda rakyat China.
Zuckerberg yang empat kali mengunjungi China, kali ini mengadakan sesi soal jawab dalam bahasa Mandarin.
Perkara itu mengejutkan penonton di dewan Universiti Tsinghua, Beijing yang terdiri daripada pelajar China dan antarabangsa. ÂÂ
Sesi soal jawab selama setengah jam yang dimulakan dengan ayat “Hello, semua orang” dalam loghat Mandarin pekat oleh Zuckerberg telah menerima tepukan gemuruh daripada penonton.
Video sesi jawab itu telah dikongsi ramai sejak Khamis di youtube, memetik laporan portal Awani.
http://www.youtube.com/watch?v=S5qXkPNk5cA
Beliau turut berkongsi satu perbualan lucu dengan isterinya tentang kemampuannya berbahasa China.
“Pada suatu hari, saya bertanya kepadanya ‘Mengapa keupayaan mendengar bahasa Mandarin saya begitu teruk?”
Dia menjawab ‘Awak juga bukan pendengar yang baik dalam bahasa Inggeris,’†ceritanya kepada penonton yang hadir.
Namun walaupun telah disekat, kebanyakan agensi berita di China masih mengekalkan akaun media sosial mereka.
Wakil rasmi Facebook kerap ke Beijing untuk berucap di persidangan dan melakukan pertemukan dengan pemimpin perniagaan di sana.
Facebook sendiri mempunyai syarikat yang beroperasi di Hong Kong di mana Facebook tidak disekat di situ.
Dilaporkan, Facebook telah membuka pejabat di Beijing dalam usaha untuk meningkatkan perniagaan menjual iklan online kepada syarikat-syarikat di sana dan kerajaan tempatan yang mahu mempromosikan diri ke luar negara.
Ditanya mengenai rancangan Facebook di negara ini, Zuckerberg berkata “Kami sudah ada di China.”
“Kami membantu syarikat-syarikat China meningkatkan pelanggan mereka di luar negara, mereka menggunakan pengiklanan Facebook untuk mencari lebih banyak pelanggan serta kami ingin membantu tempat-tempat yang berlainan di dunia berhubung dengan China,†katanya.
Ketika video di atas disiarkan di laman Facebook Zuckerberg, reaksi pelbagai diterima daripada pengguna berbangsa Cina di atas kemampuan linguistiknya.
“Loghatnya cukup kuat, tetapi masih lebih baik daripada orang Cina berbahasa Inggeris,” kata satu komen.
Ketika ditanya moderator mengenai rahsia kejayaan Facebook, Zuckerberg menjawab “Perkara paling penting adalah anda tidak boleh berputus asa.
“Jika anda tidak percaya dalam misi anda, anda akan sangat mudah untuk berputus asa. Kebanyakan pengasas berputus asa, tetapi orang-orang yang terbaik tidak,†katanya.
Beliau juga berpendapat bahawa syarikat yang terbaik tidak dibina semata-mata ingin menubuhkan syarikat, tetapi kerana pengasasnya ingin mengubah dunia.
Zuckerberg memuji beberapa syarikat teknologi China termasuk Alibaba Taobao, aplikasi mudah alih Tencent, WeChat dan QQ serta pembuat telefon mudah alih Xiaomi.
“Saya fikir Xiaomi akan berkembang dengan cepat,” kata beliau sambil menambah bahawa China mempunyai banyak syarikat yang paling inovatif di dunia.
Kagumnya dengan usaha Zuckerberg… walaupun telah mempunyai empayar online yang gah, tapi masih sanggup belajar bahasa Mandarin untuk perniagaannya.
Hurmm,  patutlah dia boleh jadi multi jutawan dalam usia masih muda belia!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK KAWASAN