Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hampir 2,000 Permohonan Layak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,903 permohonan telah diperaku layak menerima insentif Skim Pembiayaan...

Pemuda Rohingya Hilang Ketika...

DUNGUN : Seorang pemuda Rohingya yang dikhuatiri hilang ketika mencari kepah di muara...

NFCP Pacu Kehidupan Rakyat...

JASIN - Senyuman terukir di wajah rakyat Jasin di sini apabila ditanya tentang...

Kerajaan Bayar Pampasan Jemaah...

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan membayar pampasan kepada jemaah umrah yang terpaksa menangguhkan...

Marquez Intai Kemenangan Ke-12 Di Sepang

SEPANG – Pelumba sensasi Repsol Honda, Marc Marquez, mengintai peluang untuk merangkul kemenangan kali ke-12 musim ini pada kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia 2014 di Litar Sepang hujung minggu ini.

Marquez kini menduduki takhta kejohanan Dunia MotoGP dengan 312 mata, mendahului dua pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo, dengan masing-masing mengutip 255 dan 247 mata.

“Inilah masa untuk cuba dan berada sekali lagi di kedudukan teratas kerana saya tidak meraih sebarang kejayaan sejak Silverstone.

“Kami bersedia untuk meraih kemenangan pada Ahad ini jika keadaan litar kering, namun jika basah, kita lihat nanti. Ia sukar kerana semua orang mempunyai banyak pengalaman ujian di litar ini,” katanya Marquez.


Jika Marquez dapat meraih kemenangan di Sepang, ia akan menyamai rekod pelumba Mick Doohan pada 1997 bagi kemenangan kelas premier dalam satu musim.

Sementara itu, Rossi berkata dia menaruh harapan tinggi untuk merangkul kejuaraan di Sepang hujung minggu ini demi peminatnya di Malaysia, mengulangi kejayaannya menakluk litar Australia, minggu lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori