Tidak dapat dinafikan, telefon pintar merupakan keperluan bagi setiap orang sekarang ini.
Amat terasa sukarnya jika tiada peranti ini di tangan kita sepanjang masa.
Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa penciptaan peranti pintar ini hanya merenggangkan lagi ukhwah dan silaturrahim sesama kita?
Jika dilihat sekarang ini, dalam majlis keramaian sekalipun pasti kebanyakan orang mengutamakan peranti pintar daripada berbual sesama sendiri, lebih-lebih lagi golongan remaja.
Mereka lebih rela dan sudi menghadap telefon daripada bertanya khabar secara berdepan.
Kesudahannya, apabila sudah berada di rumah nanti barulah sibuk-sibuk nak ber-Whatsapp, WeChat dan Facebook untuk bertanya perkembangan semasa yang tak sempat ditanya semasa berjumpa.
Itulah realiti kehidupan masa kini, menyedihkan kerana manusia semakin tidak menghargai hubungan sebenar dan lebih suka berinteraksi di media sosial.
Diakui, penulis juga kadang-kadang selesa begitu tetapi hal sebegini perlu dibendung segera sebelum melarat.
Apa salahnya sewaktu meluangkan masa bersama, kita abaikan sebentar telefon dan fokus kepada siapa yang berada bersama kita ketika itu.
Hargai hubungan yang kita miliki sebelum terlambat dan itulah mesej yang cuba disampaikan oleh Babycakes Romero dalam setiap gambar yang dirakamnya.
Saksikan…
Sumber: BoredPanda
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC