Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KPJ Pasir Gudang Terima...

JOHOR BAHRU - Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang menerima 60 kes penyakit tangan,...

BN Kelantan Tetap Sokong...

Walaupun PAS ditentang rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), namun, Barisan Nasional (BN)...

PM Lawat Yang Di-Pertuan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi Yang di-Pertuan...

Konvensyen PKR Sarawak Tetap...

KUALA LUMPUR - Barisan kepimpinan PKR Sarawak enggan berganjak daripada keputusan mereka untuk...

Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di Klang

KLANG – Mayat seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemui dalam keadaan dihurungi semut di kawasan letak kereta sebuah pusat membeli belah di Bukit Tinggi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarulzaman Mamat berkata bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan meniarap dan ditutup dengan surat khabar serta plastik berwarna merah pada pukul 7.52 pagi.

“Mayat bayi itu dijumpai bersama tali pusat serta uri belum dipotong.

Mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Kamarulzaman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Beliau turut meminta orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk melaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33719999. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori