Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PRU15: BN Selangor Tidak...

KUALA SELANGOR : Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar atau tergugat menghadapi calon...

Budak Naik Helikopter Selepas...

MACAM dalam filem…seorang budak yang terlewat ke sekolah telah mengejutkan rakan-rakan dan gurunya...

Penghantar Telur Ayam Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar telur ayam warga Pakistan ditemukan mati dengan kesan...

Wenger Dijangka Ke AC...

ARSENE Wenger semakin hampir untuk kembali ke padang bersama AC Milan. Laporan di Perancis...

Mayat Dibiar Di Tepi Jalan, ISIS Semakin Menakutkan

SYRIA – Ia merupakan pendedahan yang begitu mengejutkan. Bayangkan jika anda berjalan di jalan dan menemui mayat bergelimpangan serta kepala yang dipotong dan disangkut di atas pagar. Bagaimana reaksi anda?

Namun itu yang berlaku di bandar Raqqa yang terletak di Syria. Ia merupakan sebuah bandar yang kini dikuasai oleh kumpulan militan ISIS.

Rakaman pendedahan berkenaan telah dijalankan sejak berbulan-bulan lalu selepas Raqqa ditadbir secara tidak bertamadun oleh ISIS iaitu sebuah kumpulan yang bertopengkan Islam dan langsung tidak menggambarkan ajaran sebenar Islam.

Mayat-mayat yang bergelimpangan di jalan raya itu dibiarkan begitu sahaja. Ada mayat yang masih diikat di pagar dan ada yang kepala mangsa diletakkan di antara kaki mereka.

isis


Ia dipercayai mayat anggota tentera di bawah rejim Bashar Assad dan ia diletakkan di situ sebagai tanda peringatan.

Video yang dirakam pada bulan Julai lalu juga menunjukkan anggota ISIS mengawal jalan tersebut.

Sementara orang awam yang melalui pemandangan menakutkan itu langsung tidak mengendahkannya, mungkin disebabkan mereka juga takut dengan keselamatan diri masing-masing.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori