Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Negeri Sembilan Tetapan 50%...

PORT DICKSON - Bagi membantu rakyat untuk memiliki rumah, kerajaan Negeri Sembilan memastikan...

Pengendali FB ‘Sabah-Sarawak Merdeka’...

KUALA LUMPUR - Masih belum ada sebarang tangkapan dilakukan terhadap pengendali akaun Facebook...

Wanita Saman Bekas Kekasih...

SEORANG wanita bertindak menyaman bekas teman lelakinya, mendakwa zakarnya yang tidak normal membuatkan...

3 Elemen Penting Diambil...

MELAKA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga...

Mayat Lelaki Myanmar Lemas Di Port Dickson Ditemui

PORT DICKSON – Mayat seorang lelaki warga Myanmar yang dilapor hilang ketika mandi di pantai Teluk Kemang dekat sini semalam, ditemui oleh pasukan bomba dan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa hari ini.

Mayat Senakanu, 24, ditemui terapung kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Komander operasi Mohd Izwan Md Said dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang berkata mayat mangsa ditemui pada 4.30 pagi semasa anggota pasukannya membuat rondaan di sekitar kawasan kejadian.

“Operasi mencari mangsa di kawasan persisiran pantai itu bermula 4 petang hingga 7 malam dan disambung 9 malam hingga pagi ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Pada kejadian 3 petang semalam, mangsa sedang mandi bersama rakan-rakannya di kawasan itu apabila dia dikatakan terlepas daripada pautan pelampung menyebabkan dia tidak dapat mengawal diri sebelum lemas.


Difahamkan pengunjung lain nampak mangsa terkapai-kapai sebelum tenggelam dan hilang dari permukaan air.

Empat rakan mangsa cuba menyelamatkannya, namun gagal.

Sebanyak 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Rembau,  Mantin, Senawang dan Seremban 2, bersama empat bot menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Turut serta dalam operasi itu pasukan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan polis marin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan mayat mangsa ditemui.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori