Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mayat Seorang Pelajar Lemas...

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang remaja yang dikhuatiri lemas di kawasan lubuk sungai...

Dakwaan Negara Alami Kemerosotan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan dakwaan kononnya...

Dr M Pertahan Keputusan...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan keputusan kerajaan Pakatan...

Kuan Yew Negarawan Berwawasan...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan Lee Kuan Yew,...

Mekanik Disamun Di Bentong,Porsche Dilarikan

KUANTAN – Seorang mekanik kerugian wang tunai RM15,000 dan kereta Porsche Cayenne V6 selepas disamun tiga lelaki di jalan susur keluar ke MTD Genting Sempah, menghala turun ke Kuala Lumpur berhampiran Bentong awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa Chan Weng Leong, 27, memandu sendirian dari arah Genting Highlands menghala stesen Petronas Genting Sempah.

Beliau berkata apabila sampai di susur keluar MTD Genting sempah berhampiran sebuah bengkel kenderaan, tiba-tiba seorang lelaki yang menunggang motosikal menghalang laluannya.

“Pada masa yang sama sebuah kereta berwarna hitam yang tidak memasang lampu melanggar kenderaannya dari belakang,” katanya kepada Bernama.


Beliau berkata ekoran itu mangsa telah keluar dari keretanya sebelum dua lelaki bersenjata pisau menerpa dan mengacukan senjata itu ke perut mangsa sambil meminta mangsa menyerahkan dompetnya.

Mohamad Nor berkata suspek merampas duit mangsa berjumlah RM15,000, beberapa dokumen penting dan kereta Porsche mangsa sebelum mereka melarikan diri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori