Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 Wakil Sabah Sedia...

LAHAD DATU - Kelab Taekwando Perdana (PTC) Sabah sedia memberi saingan sengit dalam...

Segera Laporkan Pendapatan, Elak...

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai...

Kerana Skirt Pendek, 2...

Sebelum ini, ada pihak tidak berpuas hati setelah seorang wanita diarahkan untuk menyarungkan...

KPM Tambah Warden Asrama...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah menambah bilangan warden sebanyak 63 peratus sejak...

Melecur 80 Peratus Gara-Gara Cuba Curi Kabel!

Seorang lelaki menerima padah apabila badannya hampir 80 peratus melecur dipercayai ketika cuba mencuri kabel dan peralatan besi di sebuah pencawang milik Tenaga Nasional Berhad di Bachang, Melaka petang tadi.

Kejadian itu disedari orang awam kira-kira pukul 1 petang apabila melihat lelaki berusia 39 tahun itu menjerit dan berlari kearah sebuah warung berdekatan untuk meminta tolong.

Memetik petikan Harian Metro, Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu ,Low Liang Seong berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 1.16 petang dan seramai sembilan anggota bersama masing-masing satu jentera serta Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

renjat_baru.JPG.transformed (1)
“Ketika sampai jam 1.24 petang, kita dapati mangsa yang badanya melecur 80 peratus terbaring berhampiran sebuah warung yang berada berdekatan dengan pencawang TNB.” katanya lagi.


Mangsa yang terkena renjatan elektrik diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Melaka bagi mendapat rawatan susulan.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: Farah R

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori