Rayhaneh Jabbari, 26 tahun, gadis malang dari Iran ini merupakan mangsa cubaan rogol.
Namun, jauh daripada menadapat simpati pemerintah, dia dihukum gantung pada Sabtu lalu atas tuduhan membunuh lelaki yang cuba memperkosanya.
Ibu Ryahaneh, Shole Pakravan mengesahkan pergantungan anaknya kepada BBC Persia.
Mahkamah di Iran telah menahan Rayhaneh atas kesalahan membunuh pegawai perisikan , Morteza Abdolali Sarbandi yang cuba memperkosanya pada tahun 2007.
Pada 2009, mahkamah Teheran menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Rayhaneh atas dakwaan wujud bukti gadis muda itu merancang pembunuhan berkenaan.
Kes Rayhaneh telah mengejutkan ramai pihak dan mendapat liputan media di seluruh dunia kerana beliau hanya cuba untuk melindungi diri, tetapi dikenakan tindakan yang sebaliknya.
Rentetan kes itu, pelbagai bantahan serta kempen telah dijalankan sehingga terbitnya sebuah petisyen di media sosial berkenaan dengan kes tersebut.
Beratus-ratus ribu tandatangan dan petisyen telah diberikan kepada pihak berkuasa Iran namun kempen yang bergelar “Stop Execution!” di Facebook dan Twitter yang dijalan pada bulan lepas hanya mampu membuatkan proses pengantungannya ditangguh.
Perkara ini turut dikesali oleh Pengarah Pertubuhan Hak Asasi Dan Manusia Amnesty, Hassiba Hadj Sahraoui, menurutnya.
 “Ia amat mengecewakan, ini adalah sebuah lagi  peristiwa berdarah yang kotor terhadap hak asasi manusia di Iran.
Pihak berkuasa Iran nampaknya sangat berkeras untuk menjalankan proses hukuman mati kepada tertuduh meskipun keadilan terhadap kes tersebut terang-terangan berat sebelah,” katanya.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC