Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Zaki Ketuai Mahkamah Tengah...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Malaysia, Tun Zaki Mohamed Azmi dilantik sebagai...

Pasar Terbakar: 111 Lagi...

SEREMBAN - Sejumlah 111 peniaga yang terjejas ekoran kebakaran di Pasar Besar Seremban...

Dua Lagi Kes Zika...

KUALA LUMPUR - Dua lagi kes jangkitan virus Zika melibatkan adik-beradik dikesan di...

Kerajaan Diminta Kaji Semula...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Parlimen penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar kerajaan...

Memualkan, Jahit I Love You Pada Badan Anjing

Poland – Gara-gara ingin membuktikan cinta terhadap teman wanitanya, seorang pelajar universiti dalam bidang veterinar bertindak kejam dengan menjahit ayat `I Love You’ pada badan seekor anjing.

Pelajar berkenaan kemudiannya memuat naik gambar anjing berkenaan di laman Fecebook kekasihnya itu.

Dia yang merupakan pelajar tahun empat di University of Warmia and Mazury di bandar Olsztyn, dipercayai berbuat demikian ketika pembedahan dijalankan ke atas anjing tersebut.

Rakan-rakannya yang melihat imej berkenaan dalam Facebook itu kemudiannya menghentam pelajar tersebut kerana melakukan perbuatan tidak beretika.

Bagaimanapun kekasihnya nyata tertawan dengan perbuatan teman lelakinya itu dan memarahi rakan-rakannya yang mengkritik lelaki itu.


“Apa yang tidak beretikanya? Dia belajar untuk menjahit dan hanya menunjukkan kemahirannya,’’ demikian tulisan marah teman wanitanya terhadap mereka yang mempersoalkan tindakan tidak beretika lelaki itu.

Dalam pada itu, pihak universiti kini sedang menjalankan siasatan penuh terhadap insiden berkenaan.

“Menyatakan rasa cinta bukan sesuatu yang salah namun menjahit perkataan itu pada perut binatang adalah perbuatan tidak bermoral dan bukan profesionak terutama kepada pelajar veterinar,’’ kata jurucakap universiti terbabit.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori