Nebraska – Brian Schmidt dianugerahkan hadiah Nobel bagi fizik tetapi beliau tidak menerima layanan istimewa daripada pengurusan Lapangan Terbang Fargo, Nebraska.
Malah dia turut disoal oleh pegawai terbabit berhubung pingat emas bernilai $10,000 dolar yang disimpan di dalam sebuah kotak.
“Mereka bertanya pingat ini diperbuat daripada apa dan siapa yang memberikannya kepada saya.
“Saya nyatakan bahawa Raja Sweden yang memberikannya dan mereka kembali menyoal kenapa ia diberikan kepada saya.
“Saya terangkan bahawa saya mendapatnya kerana saya membantu kadar pengembangan alam semesta,’’ kata Schmidt ketika menceritakan pengalamannya selepas memenangi hadiah Nobel berkenaan pada 2011.
Selepas menerangkan pingat emas itu diberikan sebagai hadiah Nobel, pegawai keselamatan itu kemudiannya bertanya kenapa Schmidt berada di Fargo.
Ketika itu beliau berada di lapangan terbang berkenaan untuk menemui neneknya di Fargo bagi menunjukkan hadiah tersebut.
Schmidt merupakan lulusan Harvard dan merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Australia.
Beliau menerima anugerah Nobel bagi Fizik selepas mengubah pemahaman mengenai sistem solar.