Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan N.Sembilan Kaji Potensi...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan sedang membuat kajian bagi meningkatkan nilai dan potensi...

Coronavirus: Singapura Sahkan Kes...

SINGAPURA - Singapura mengesahkan kes import keempat jangkitan coronavirus Wuhan di republik itu.Kementerian...

Adun Datuk Keramat Rayu...

GEORGE TOWN - Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo...

Pesara Polis Maut Kemalangan...

KOTA TINGGI - Seorang pesara polis maut selepas kereta jenis Honda City yang...

MH 17 : Kenyataan Bodoh Pengguna Facebook Cetus Kritikan

SETIAP hari, pengguna laman sosial terutamanya di Facebook, Twitter dan blog disogokkan dengan pelbagai berita dan informasi dari pelbagai sumber yang dikhabarkan sebagai sahih.

Namun, kebanyakkannya hanya dalam bentuk analisis secara individu tanpa rujukan sumber utama, malahan ada yang cuba membuat provokasi dengan menyuntik elemen politik dan perkauman secara bias.

Ada pula pihak yang sanggup mengedit gambar, kenyataan dan sebagainya bagi menimbulkan unsur realistik untuk menyokong informasi dan hujah mereka. Dah tak ada kerja agaknya!

Terbaru, satu lagi akaun di laman sosial Facebook dengan menggunakan nama Jasmin Zakaria, telah memuat naik satu kenyataan berunsurkan fitnah terhadap pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kenyataan semberono ini menjadi panas kerana dikongsi oleh banyak akaun dan menerima kritikan dari pelbagai lapisan pengguna. Cari nahas betul!

Untitled

 

Pastinya, andaian yang dilakukan pemilik akaun bukan sahaja tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa kehilangan pesawat MAS MH370 dan kemalangan pesawat MH17, tetapi secara terang dan bersuluhnya fitnah!

Entah mana sumber dicedoknya bagi menkonkritkan fakta.


Jika diimbas kembali, senario mengkritik dan menghentam pihak lain terutamanya yang melibatkan kepolitikan dan perkauman sering terjadi.

Beberapa hari lepas, tersebar di internet tentang insiden mengaibkan yang dihadapi orang beberapa warga Bangladesh yang dihalau kerana meminta daging korban.

Berita ini akhirnya disangkal oleh UMNO Ipoh Barat yang menidakkan situasi tersebut dengan penjelasan di laman sosial.

10408556_10152517672164998_5720415918335561680_n

Untitled

Pokoknya, sebagai makhluk berakal, janganlah ada individu yang secara bulat-bulat mempercayai apa yang tertulis di laman sosial, dan bertindak untuk berkongsi dengan pihak ketiga.

Tindakan kurang bijak ini bukan sahaja memburukkan keadaan, tetapi dari segi lain, ia kelihatan seperti menyebarkan fitnah. Sia-sia sahaja dapat dosa kering! – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori