Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kes Bafia: Rafizi Ramli...

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dijatuhi...

Cuepacs Saran Mesin Kiosk...

DUNGUN - Cuepacs hari ini menyarankan supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah bilangan...

IPIC Akan Bayar Faedah...

KUALA LUMPUR - International Petroleum Investment Co (IPIC) akan membayar faedah bernilai US$102.7...

Datuk Ramli MS Serah...

KONDUKTOR muzik terkenal Datuk Ramli MS akhirnya hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor...

MH17: Malaysia Pergiat Rundingan Masuk Semula Ke Lokasi Nahas

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang memperhebat rundingan dengan kerajaan Ukraine dan puak pemisah di timur negara itu bagi membenarkan pasukan penyiasat nahas Malaysia Airlines MH17 memasuki kawasan tragedi dalam masa terdekat sebelum musim sejuk hujung tahun ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa Malaysia berharap rundingan itu dapat membuahkan hasil walaupun peluang untuk memasuki kawasan berkenaan kini semakin tipis.

“Kita akan teruskan perbincangan dan harap dapat masuk kawasan nahas dalam tempoh secepat mungkin sebelum tiba musim sejuk, jika tidak kita terpaksa tunggu selepas musim sejuk.

“Mungkin April tahun depan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu tindakan kerajaan bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki semula kawasan nahas MH17.

Liow berkata bahawa semalam beberapa pakar penyiasat Belanda dan pasukan penyiasat tempatan telah dapat memasuki lokasi nahas MH17 dan berjaya mengumpul barangan peribadi milik mangsa pesawat malang itu.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Liow berkata kerajaan komited dalam merealisasikan usaha itu bagi membawa keluar bukti yang diperlukan iaitu bangkai pesawat tersebut untuk siasatan yang menyeluruh.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menghadiri beberapa siri perbincangan dengan kerajaan Ukraine.

“Kita faham dari segi kompleksiti, Ukraine kerana di negara itu terdapat banyak kumpulan puak pemisah sekurang-kurangnya 12 hingga 13 kumpulan dan bukan senang untuk kita dapatkan persetujuan gencatan senjata dicapai sepenuhnya,” katanya.


Menjawab soalan asal Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang meminta beliau menyatakan perkembangan, kos mengurus dan membawa balik jenazah serta jumlah wang pampasan, Liow berkata usaha gigih sentiasa dijalankan perdana menteri bagi melancarkan proses berkaitan.

Sehingga kini, katanya, sebanyak 278 jenazah daripada 298 mangsa telah dikenal pasti oleh pasukan perubatan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum, Belanda dan daripada jumlah itu 43 jenazah rakyat Malaysia termasuk seorang yang mempunyai dwikerakyatan telah dikenal pasti.

“Kesemua jenazah yang dibawa pulang ke tanah air telah diberikan penghormatan terakhir oleh kerajaan melalui istiadat yang diadakan secara
berperingkat mengikut kumpulan yang dibawa pulang,” katanya.

Liow berkata tindakan untuk menuntut keadilan ke atas tragedi itu diambil bersama pihak berkuasa negara lain yang mempunyai penumpang dalam pesawat itu dengan mengambil keterangan dalam bentuk rakaman serta rakaman pemintasan komunikasi antara pihak berkenaan yang diperoleh daripada negara terbabit.

Menyentuh kos yang ditanggung setakat ini, Liow berkata kerajaan hanya menanggung sebahagian kos perbelanjaan seperti tiket penerbangan, tempat penginapan dan makan minum penjawat awam yang dihantar bertugas di Ukraine serta Belanda.

“Kos selebihnya bagi pengurusan membawa balik jenazah ditanggung MAS manakala kos perbelanjaan mengenainya masih belum dimuktamadkan,” katanya.

Mengenai satu lagi soalan Fong, Liow sekali lagi menekankan bahawa tiada sebarang perjanjian yang dibuat antara kerajaan Malaysia dan puak pemisah pro-Rusia, apabila puak pemisah itu bersetuju menyerahkan kotak hitam MH17 kepada Malaysia selain membenarkan pasukan penyiasat membawa keluar mayat dari kawasan nahas.

“Saya ingin tekankan bahawa tiada apa-apa perjanjian dibuat. Kotak hitam sudah dikembalikan kepada kita dan dianalisis. Kesemua data perbualan dalam keadaan baik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori