Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Seorang Suspek,...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu dipercayai terlibat dalam...

Pahang Sedia 30,000 Unit...

KUANTAN - Rakyat negeri Pahang yang berpendapatan rendah dan ingin memiliki kediaman sendiri...

Malaysia Amat Bimbang Serangan...

KUALA LUMPUR - Malaysia melahirkan rasa amat bimbang dengan perkembangan terbaru susulan serangan...

Sentap! Surat Terbuka Dari...

Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Yasmin Hani meluahkan pendapatnya bahawa tindakan merotan murid...

Michael Jackson Terus Kumpul Kekayaan Selepas Mati

New York – Lima tahun selepas kematiannya, raja pop Michael Jackson masih meraih pendapatan tinggi malah menjadi selebriti mati yang paling kaya di dunia apabila estetnya menerima sekitar AS$140 juta (RM462 juta) tahun lalu.

Forbes melaporkan Jackson mendapat dua kali jumlah diperoleh Elvis Presley – yang mati pada 1977 dan menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM181 juta) dan tiga kali diraih pencipta komik Peanuts, Charles Schulz dengan AS$40 juta (RM 132 juta).

“Nampaknya Jackson membuktikan duit masih mampu ‘hidup’ selepas seorang selebriti mati,” kata Forbes.

Ini adalah kali kedua secara berturut-turut Jackson menduduki carta teratas senarai berkenaan selepas dikalahkan Elizabeth Taylor pada tahun 2012.


Album kedua Jackson selepas kematiannya, ‘Xscape’ yang mendapat tempat kedua di carta pop pada hari pertama dikeluarkan malah penyanyi berkenaan turut ‘muncul’ sebagai hologram pada Anugerah Muzik Billboard.

Dua persembahan Cirque du Soleil bertajuk ‘Immortal’ dan ‘ One’ antara cara estet jackson masih mampu meraih keuntungan selain katalog muzik dan empayar penerbitannya.

Eizabeth yang meninggal dunia pada 2011 menduduki tempat keempat (AS$25 juta – RM82 juta) manakala legenda reggae Bob Marley di tempat kelima AS$20 juta (RM66 juta). – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori