Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lelaki Lari Pakai Kasut...

HANYA pada Ahad lalu lelaki yang memakai kasut tumit tinggi milik wanita tidak...

Azmin Perlu Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa...

18,000 Pil Kuda Bernilai...

KOTA BHARU - Polis menahan seorang pemuda berusia 22 tahun dan merampas 18,000...

Dovizioso Rampas Petak Pertama...

SEPANG - Penunggang Itali, Andrea Dovizioso akan memulakan perlumbaan kelas MotoGP dari petak...

Michael Schumacher Akan Pulih 3 Tahun Lagi

SEORANG doktor Perancis yang merawat Michael Schumacher, Dr. Jean-Francois Payen berkata, bekas bintang Formula One itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk pulih sepenuhnya.

Memetik portal telegraph.co.uk, Dr. Payen berkata, Schumacher menunjukkan kemajuan, namun untuk pulih, ia sangat memerlukan masa.

“Saya telah menyaksikan beberapa kemajuan namun kita perlu memberikan Schumacher lebih masa lagi. Sama seperti pesakit lain, kita memerlukan skala masa antara satu hingga tiga tahun. Kita perlu bersabar,” ujar Dr. Payen yang merawat Schumacher di hospital.

Selain itu, doktor pakar bius itu juga memuji isteri Schumacher, Corinna atas pengorbanannya kepada jaguh itu.

Corinna dikatakan sangat komited menjaga suaminya sejak insiden kemalangan ski Disember tahun lalu hingga mengakibatkan Schumacher mengalami kecederaan otak yang boleh membawa maut.

Michael-Schumacher-ski-accident-site


Schumacher berada dalam keadaan koma sejak Disember tahun lalu, dan kini berada di rumahnya di Gland, Switzerland. Doktor itu  berkata, dia masih merawat ikon berusia 45 tahun itu di hospital di Lausanne juga di rumahnya.

“Saya memantau perkembangannya dan kemudian akan memberitahu isteri dan anak-anaknya tentang perubahan Schumacher,” kata doktor itu.

Katanya, Corinna memainkan peranan penting dalam perkembangan positif Schumacher. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori