Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lebih 200 Permohonan Skim...

PUTRAJAYA - Lebih 200 daripada kira-kira 500 permohonan yang diterima bagi Skim Perumahan...

Gawai Dayak Bantu Perkukuh...

KUCHING - Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berkata Gawai Dayak,...

Video: Sempoi, Cara Kupas...

Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang meraikan pelbagai perayaan. Salah satunya adalah...

Si Cantik Penjual Aiskrim...

"SAYA lebih suka berdikari mencari duit sendiri terutama bagi membeli kelengkapan untuk Aidilfitri...

Miliki Kenderaan Bukan Lagi Satu Kemewahan – AMK

KUALA LUMPUR – Memiliki kenderaan sendiri bagi golongan muda di Lembah Klang bukan lagi satu kemewahan sebaliknya satu keperluan. 

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Sangetha Jayakumar berkata, atas sebab itu sebarang gesaan supaya golongan muda mengikat perut dan mengamalkan gaya hidup sederhana adalah tidak tepat.

“Ramai graduan tidak mampu membayar harga tinggi untuk tempat tinggal berhampiran tempat kerja mereka di tengah-tengah ibu negara malah mereka kini hidup di luar keselesaan kerana mahu menjimatkan kos. 

“Dengan gaji sebanyak RM2,500 sebulan, graduan tidak mampu mencapai keperluan mereka,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sangetha dalam pada itu melahirkan kebimbangan kerana golongan muda dibenarkan menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar pinjaman rumah. 

Beliau mempersoalkan langkah itu boleh menyebabkan golongan muda tidak mempunyai dana persaraan yang mencukupi pada usia tua dan  menggugat kestabilan kewangan mereka dalam jangka masa panjang. 

  • Lagi berita berkaitan:
  • AMK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori