Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Malim Gunung Ikut Haluan...

KUNDASANG - Semua malim Gunung Kinabalu yang jumlahnya hampir 300 orang dan hilang...

Perhimpunan Bersih 5 Tetap...

KUALA LUMPUR - Penganjur Bersih 5 menegaskan akan tetap mengadakan perhimpunan berkenaan di...

Kim Swee Buru Emas...

PETALING JAYA - Ketua jurulatih skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong...

Sah Bajet 2023 Dibentang...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr...

Militan IS Berjaya Kuasai Ibu Pejabat Kurdis

DAMSYIK – Kumpulan militan Negara Islam (IS) berjaya merampas ibu pejabat Kurdis di bandar Kobane berhampiran sempadan Syria kelmarin.

Penguasaan militan IS selepas bertempur dengan pejuang Kurdis itu menimbulkan kebimbangan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa kemungkinan berlaku lagi pembunuhan beramai-ramai.

Pejuang bersenjata Kurdis ternyata gagal menyekat kemaraan IS meskipun pesawat tentera Amerika Syarikat telah melakukan serangan udara ke atas militan berkenaan sejak tiga minggu lalu.

Turki pula setakat ini tidak melakukan apa-apa tindakan sebaliknya hanya bersiap sedia di kawasan sempadan negara itu.

Sebanyak 31 orang tentera Kurdis dilaporkan terbunuh dalam pertempuran mereka mempertahankan bandar Kobane.


Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia, militan IS yang kini menguasai 40 peratus bandar Kobane dikatakan hanya berada sekitar 1.3 kilometer dari kawasan sempadan Turki.

“Rampasan ibu pejabat Kurdis memberi kelebihan kepada IS untuk mara ke pos sempadan Turki di utara bandar itu,” kata pengarah badan berkenaan, Rami Abdel Rahman.

“Jika mereka berjaya selepas itu, mereka akan menewaskan sepenuhnya tentera Kurdis di Kobane,” katanya.

Dalam pertempuran itu, militan IS turut menggunakan taktik pengebom berani mati dalam sebuah kereta di barat ibu pejabat Kurdis dan membunuh dua tentera manakala sera­ngan di sebelah selatan bandar itu menyebabkan 10 penduduk Kurdis terbunuh. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori