Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kontraktor M’sia Rasuah Pegawai...

SEORANG kontraktor warganegara Malaysia mengaku bersalah atas tuduhan melakukan penipuan dan rasuah membabitkan...

Ini Lawak.. KJ Dirakam...

MENTERI Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin merupakan antara ahli politik yang sangat aktif...

Menteri Luar ASEAN Mulakan...

KUALA LUMPUR - Menteri-menteri Luar ASEAN memulakan mesyuarat peringkat tinggi pagi ini bagi...

Permohonan Ukraine Untuk Sertai...

STRASBOURG, PERANCIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyatakan bahawa Ukraine mungkin akan mengambil...

Militan: Pasukan Keselamatan Bertukar Maklumat

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bertukar-tukar maklumat risikan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta negara-negara jiran dalam usaha membanteras kegiatan militan yang dikenali sebagai Negara Islam (IS).

Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, tentera dan PDRM juga mengambil langkah-langkah khas bersama pihak berkuasa negara jiran seperti Selatan Filipina, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand dalam menangani kegiatan IS itu.

“Mereka (negara-negara serantau) telah menyuarakan kebimbangan dengan kewujudan kegiatan militan IS yang semakin berleluasa ketika ini.

“ATM memandang serius terhadap ancaman keganasan militan IS yang melibatkan rakyat negara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra ATM bersama Anggota Cedera Peringkat Pusat sempena Hari ATM Ke-81 di Kem Kementah, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata ATM menyambut baik cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mewujudkan akta baharu bagi membanteras kegiatan militan IS.

“Sekiranya didapati Akta Kesalahan, Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak menjurus kepada mencegah keganasan dan militansi, maka perlu diwujudkan satu akta khusus memerangi keganasan jenayah itu,” katanya.


Ahad lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercadang memperkenalkan akta baharu bagi memperkuatkan lagi undang-undang sedia ada iaitu Sosma dan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Poca) bagi memerangi kegiatan keganasan.

Ahmad Zahid berkata, dengan wujudnya satu akta baharu, bukan sahaja dapat membanteras, malah akan mencegah pengrekrutan bakal sukarelawan ‘jihad’ itu terutama ada cubaan merekrut pelajar sekolah menerusi laman sosial.

Sementara itu, dalam majlis rasmi tahunan itu, seramai 67 orang termasuk 55 pegawai dan anggota pesara tentera diraikan bagi menghargai jasa mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; dan Panglima Tentera Udara, Jen Datuk Seri Roslan Saad. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori