Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pemergian Ng Kehilangan Besar...

SHAH ALAM - Pemergian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng Tien...

Permohonan Tengku Zafrul Jadi...

Kuala Lumpur : Permohonan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul...

8 Mangsa Gigitan Anjing...

KUALA LUMPUR - Lapan mangsa gigitan empat ekor anjing di Perlis baru-baru ini...

Pemandu Wanita Terlibat Kemalangan...

JOHOR BAHRU - Pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan berbasikal sehingga meragut lapan...

Ming Jian Kutuk Doa Penerbangan Dalam Pesawat MAS

Seperti diketahui, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kini memaparkan doa perjalanan di dalam pesawat miliknya sebelum ia memulakan penerbangan.

Ia sebagai langkah penambahbaikan kepada syarikat itu dalam memperbaiki operasinya.

Sebelum itu, pesawat MAS pernah terlibat dalam dua insiden penerbangan terbesar di dunia melibatkan pesawat MH370 dan MH17.

Bagaimanapun, pengguna laman sosial seperti Ming Jian sememangnya tidak membantu dalam usaha ini apabila dia memperlekehkan doa berkenaan yang dipaparkan di kerusi penumpang di dalam pesawat.

“Seriously MAS? this is NOT helping to calm people with flying phobia, it only make it worst (Serius MAS? Ini TIDAK membantu untuk mereka yang ada ‘fobia untuk terbang’, ia (doa) hanya memburukan keadaan),” kata dia.

Petikan skrin laman Facebook beliau itu sudah pun disebarkan meluas ke laman sosial berkenaan menunjukkan betapa kurang ajar dan biadapnya pelaku ini dalam memburuk-burukkan nama agama Islam.


MAS hanya memberikan peluang kepada pengguna atau penumpangnya yang beragama Islam untuk berdoa tambahan pula MAS bernaung dan beropeasi sebagai syarikat penerbangan negara Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam.

Secara jujurnya, penulis memang merasakan bahawa tindakan ini agak melampau tambahan pula MAS dalam rangka kerja untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kepada penumpang gara-gara dua tragedi besar yang menyayat hati itu.

Pesawat MH370 hilang pada Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pesawat itu masih tidak dijumpai sehingga kini.

Kemudian, di pada 17 Julai pesawat MH17 pula terhempas di kawasan berhampiran sempadan Ukraine dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu sehingga menyebabkan kesemua 298 orang di dalam pesawat itu terbunuh. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori