Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Jual MyKad: Pemuda UMNO...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat pemberian...

Siklon Tropika Trami: Malaysia...

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang...

Tambang Baru Teksi Diteruskan...

PUTRAJAYA – Merujuk kepada keputusan Jemaah Menteri pada 20 Mac 2015 yang lalu,...

Malaysia Tuai Emas, Perak...

SKUAD wanita negara melakar sejarah apabila menuai pingat emas dan perak dalam acara 3...

Misi Cari MH370 Langgar Protokol, Kos Jadi Tinggi?

Menurut Des Ross, seorang pakar penerbangan Australia, kos operasi pencarian pesawat MH370 meningkat drastik akibat sikap pihak berkuasa yang tidak mengikut protokol.

Merujuk tulisan Ross dalam laman sesawang Aviation Business, “Jika protokol diikuti dengan baik, kita tidak lagi mencari pesawat itu sehingga ke hari ini.”

Selain itu, dia juga mendakwa terdapat percanggahan dalam versi rasmi saat akhir pesawat itu kerana beberapa elemen tidak diambil kira, seperti kesan Doppler, ping satelit dan peranti teknologi canggih lain.

Ujar Ross lagi, durasi masa empat jam selepas pesawat tersebut terputus dari radar adalah tempoh penting kerana pada waktu itu, timbul kekeliruan dan salah maklumat terutama apabila MAS berkata mereka melaporkan kepada menara kawalan yang terdapat komunikasi dengan MH370 di ruang udara Kemboja.

“Pesawat tidak pernah memasuki ruang udara Kemboja,” ulas Ross.


Tambahnya, pengawal trafik tidak sepatutnya menerima informasi tersebut terutamanya apabila mereka belum memberi kebenaran kepada pesawat itu untuk menyimpang dari laluan.

Ross berkata, walaupun banyak bukti masih belum dijumpai, namun ada fakta yang masih disembunyikan. Beliau optimis pesawat tersebut boleh ditemui jika protokol tidak dilanggar. MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori