Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pelaburan Finisar Membuktikan Keupayaan...

CHEMOR - “Finisar, syarikat peneraju teknologi global dalam komunikasi optik telah memilih Malaysia...

Zuraida Nafi Wujud Kem...

PKR terpaksa menafikan ada perselisihan faham antara Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Harga RON97, RON95 Turun...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing turun tiga sen...

Rasulullah Bijak Buat Keputusan...

KUALA LUMPUR - "Rasulullah S.A.W sangat bijak ketika membuat keputusan sama ada ketika...

Misi Sulung Berjaya, 3 Pendaki MP Sepang Takluk Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU- Tiga pendaki Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) di bawah Kelab Sukan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan pendakian di Gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu buat pertama kali, di sini, kelmarin.

Rombongan diketuai Ketua Unit Perkhidmatan Bandar, Norrehan Amat Kasman bersama dua pendaki lain iaitu Ketua Unit Undang-Undang Mohd Nor Amirrudin Ab Karim dan Afrizal Azwan Suhaimi.

Menurut Norrehan, “ Laluan pendakian gunung tertinggi di Asia Tenggara ini tidak begitu menguji kelasakan, sebaliknya memerlukan pendaki memiliki kekuatan fizikal dan daya ketahanan altitud kerana perlu berjalan menaiki tangga dan memaut tali untuk memanjat curam batu sebelum sampai ke puncak.

Selain persiapan mental, kaedah pernafasan dan pergerakan mendaki jadi keutamaan.”


Tambahnya, hanya mereka yang berjaya tiba di puncak Kinabalu mampu menghargai pengalaman pendakian yang telah ditempuh dan lebih nikmat lagi apabila perjalanan lancar tanpa melibatkan sebarang masalah atau kecederaan.

Beliau berharap misi seperti ini dapat menyuntik semangat kakitangan MP Sepang yang lain untuk meneruskan aktiviti mendaki dengan menjadikannya acara tahunan sekaligus menjadi contoh kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori