Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mayat, Rangka Kanak-Kanak Dihantar...

GUA MUSANG - Dua mayat dan dua rangka kanak-kanak yang dipercayai murid Sekolah...

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki warga Afrika dan merampas dadah jenis...

Selesai Isu Ruang Udara,...

DALAM suasana tenang, tiba-tiba muncul isu di antara Malaysia dan Singapura masing-masing membabitkan...

2 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Dua kluster baharu berkaitan penularan Covid-19 dikenal pasti di Kuala...

Moto3: Hafiq Harap Tuah Di Litar Sendiri Raih Mata Pertama

SEPANG – Pelumba Moto3 negara Hafiq Azmi mengharapkan tuah di litar sendiri untuk mengutip mata dalam saingan MotoGP Dunia pada penampilan pertamanya semusim penuh bagi kategori Moto3 tahun ini.

Pelumba pasukan SIC-AJO itu akan memulakan saingan Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 di Litar Sepang, esok pada petak ke-16.

Kedudukan itu dilihat mampu membuka peluang beliau untuk menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya dalam kelompok 15 terbaik bagi meraih mata pertama dalam musim ini.

Hafiq membuat catatan masa dua minit 14.413 saat dalam pusingan kelayakan hari ini.

Selepas 16 perlumbaan musim ini, Hafiq masih gagal meraih sebarang mata dalam kedudukan keseluruhan bagi saingan Moto3.

“Pada sesi kelayakan petang ini, jentera dan prestasi saya lebih  meningkat, pasukan telah membuat ‘suspension and setting’ pada jentera dengan baik. Meraih petak ke-16 di pusingan kelayakan merupakan pencapaian terbaik saya setakat ini.

“Saya berharap dapat menghabiskan perlumbaan dalam kelompok 15 terbaik untuk kutip mata pertama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Seorang lagi pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin daripada pasukan  Ongetta-Air Asia akan memulakan perlumbaan pada petak ke-22 esok.

Zulfahmi kurang bernasib baik apabila jenteranya itu terjatuh pada selekoh pertama ketika sesi kelayakan hari ini. Beliau membuat catatan masa 2’15.277s.

Walaupun tidak mendapat memulakan perlumbaan esok di kedudukan yang baik namun Zulfahmi tetap positif dan yakin beliau mempunyai peluang untuk berada dalam kelompok hadapan esok.

Jack Miller daripada pasukan Red Bull KTM Ajo akan memulakan perlumbaan Moto3, di petak pertama setelah mencatat masa terpantas dalam sesi ujian kelayakan dengan masa 2’12.450s.

Penunggang SaxoPrint-RTG dari Britain John Mcphee dan penunggang dari Republik Czech, Jakub Kornfeil masing-masing akan memulakan perlumbaan di petak kedua dan ketiga setelah mencatat masa 2:12.909 dan 2:13.016 dalam sesi ujian kelayakan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori