Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pancaran Hijau Di Perairan...

BANGKOK – Pancaran cahaya hijau yang kelihatan dari perairan Bangkok telah membingungkan seorang...

Piala AFC: Safiq Rahim...

JOHOR BAHRU - Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim mahu rakan sepasukannya...

Anggota Polis Berperut Buncit...

ANGGOTA polis berperut buncit dan mempunyai berat badan berlebihan mungkin tidak akan dinaikkan...

Benarkah 13 Menteri Kita...

Pihak SKMM memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan berita palsu dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau berita yang diragui kesahihannya,” kata SKMM dalam satu kenyataan di sini hari ini

Mudah Baiki Cermin Kereta Dengan Insurans Allianz General

KUALA LUMPUR – Pemegang insurans cermin kereta Allianz General boleh memperbaiki kerosakan cermin kereta mereka di mana-mana bengkel panel insurans syarikat itu tanpa perlu membayar sebarang wang.

Ketua Bahagian Tuntutan Allianz General, Jayaparagash Amblavanar berkata, pemegang insurans itu cuma menghubungi Allianz Careline di talian 1-300-88-1028 untuk mengenal pasti bengkel panel terdekat untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

“Ramai yang tidak tahu bahawa dengan perkhidmatan tuntutan insurans tanpa tunai, mereka boleh membaiki cermin kereta di bengkel panel atau bengkel cermin panel tanpa membayar satu sen pun.

“Perkara kecil seperti cermin retak boleh dibaiki dengan cepat sekiranya pelanggan tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jayaparagash berkata, pelanggan insurans cermin kereta Allianz General cuma perlu membawa kereta mereka ke bengkel panel dan kakitangan bengkel akan menguruskan proses menggantikan cermin kereta yang rosak.

“Setelah siap kereta tersebut boleh diambil tanpa dikenakan bayaran sekiranya jumlah lindungan insurans untuk cermin cukup,” jelasnya.

Tambah beliau, pemegang insurans cermin kereta Allianz General boleh juga mendapatkan informasi mengenai bengkel tersebut di laman web https://www.allianz.com.my/web/panel-services/10020/10019. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori