Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penerimaan PDRM Terhadap IPCMC...

KUALA LUMPUR - Penerimaan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap penubuhan Suruhanjaya Bebas...

Usia 67 Tahun Baru...

BRUSSELS - Puluhan ribu penunjuk perasaan berarak di ibu negara Belgium untuk bantah...

Perghh….Agaknya Ini Restoran Paling...

TERBELIAK biji mata melihat harga yang ditawarkan di sebuah restoran berdekatan jalan Tanjung...

2 Beradik Maut Dalam...

JOHOR BAHARU - Dua beradik maut dalam nahas di Kilometer 156.7 Lebuhraya Utara-Selatan...

Rizalman Dihantar Ke New Zealand Esok Untuk Dibicarakan

Bekas anggota Angkatan Tentera berpangkat Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail akan dihantar ke New Zealand untuk dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual, Sabtu ini.

Tuduhan telah difailkan terhadapnya pada Mei lepas, menurut laporan portal berita stuff.co.nz di New Zealand.

Rizalman dijangka berlepas dari Malaysia menuju Wellington esok.

[BACA – Wisma Putra Terima Permohonan Rasmi Ekstradisi Rizalman]

Sebaik tiba, dia akan dibawa terus ke Mahkamah Daerah Wellington untuk menghadapi pertuduhan.

Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan ke mahkamah hari berikutnya atas pertuduhan dengan niat merogol seorang gadis berusia 21 tahun.

Dia bagaimana pun dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei oleh Wisma Putra menggunakan kekebalan diplomatik.

 

Rizalman


Laporan portal berita New Zealand

Wisma Putra pada awal bulan ini mengesahkan menerima permohonan rasmi berhubung proses ekstradisi terhadap Rizalman daripada kerajaan New Zealand.

Permohonan kemudiannya dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Sehubungan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berjanji untuk menghantar Muhammad Rizalman kembali ke New Zealand bagi membantu siasatan.

Muhammad Rizalman telah menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan dan dibenarkan keluar, akhir Julai lalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori