Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Satu Juta Usahawan Digital...

KUALA LUMPUR - Sebanyak satu juta usahawan digital akan diwujudkan dalam tempoh lima...

Tak Habis Lagi ‘Drama’?...

INGATKAN dah reda kisah cinta Emma Maembong dan Zizan Razak daripada radar hiburan...

RCI Forex BNM: Urus...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dikejutkan dengan pendedahan seorang bekas pedagang tukaran mata...

Suami Isteri Didakwa Dera,...

AYER KEROH - Suami isteri didakwa di mahkamah di sini, hari ini atas...

Muka Dan Badan Gadis Cantik Dikelar Remaja Gila!

Gila! itu ayat yang sesuai untuk dua gadis remaja yang berusia 16 dan 18 tahun kerana sanggup mengkelar  seorang gadis cantik menggunakan pisau di Argentina.

Mangsa, Julia Alvarez baru berusia 15 tahun dikatakan sering dipuji kerana wajahnya terlalu cantik dan menjadi dambaan lelaki.

Dua gadis yang mencederakannya dikatakan terlalu cemburu melihat kelebihan gadis malang itu.

Malah, dua gadis tersebut sempat menumbuk dan menjatuhkan Julia sebelum mengeluarkan pisau dan berkata “Semua orang kata kamu cantik, Kamu takkan kelihatan cantik lagi selepas kami selesai dengan kamu. Sekarang orang akan panggil kamu Chucky”.

Julia yang terpinga-pinga dikatakan diserang bertalu-talu di badan dan mukanya.

PAY-Julia-Alvarez (1)PAY-Julia-Alvarez (3)

Julia-Alvarez-main

 


Hish, budak-budak zaman ini, lain betul perangainya.

Kesian Julia terpaksa menerima berpuluh-puluh jahitan di badan dan mukanya.

Gambar Julia ini menjadi viral di media sosial apabila kakaknya memuat naik di Facebook mendakwa polis tempatan tidak mahu mengambil sebarang tindakan kepada dua gadis tersebut dan tidak mahu menyiasat kes itu.

Julia yang murung selepas kes ini dikatakan selalu menyatakan hasrat untuk membunuh diri kerana malu dan takut melihat wajahnya di cermin.

Sabarlah Julia, dan jangan sesekali mengambil jalan singkat kerana ada bermacam cara boleh Julia cuba untuk memulihkan muka dan badan Julia pada zaman teknologi ini.-mynewshub.cc

Oleh: Farah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori