Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jururawat ‘Cuai’ Bayi Jatuh...

SEBAUAH pusat penjagaan lepas bersalin di China, Puruming Postpartum Care Centre telah dikecam...

Makhluk Aneh Ditemui Di...

Satu makhluk aneh yang mempunyai kaki manusia, bersisik ikan dan memiliki hidung manusia...

Penjenayah Geng Mamak Mati...

TAIPING - Seorang anggota Geng Mamak mati ditembak, manakala dua lagi ditahan selepas...

Keratan Quran Terbakar Di...

Kalau benar isu bakar al-Quran ini dilakukan pihak tertentu yang berniat serong maka...

MyCC Beri Amaran Jangan Tetapkan Tambang Bas Sekolah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran kepada Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) supaya tidak menetapkan kenaikan tambang bas sekolah sebanyak 30 peratus pada tahun depan.

Pengerusi MyCC, Tan Sri Siti Norma Yaakob berkata, penetapan harga itu bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 dan arahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mahu struktur tambang bas sekolah dibentuk secara bebas bermula tahun depan.

“Menaikkan harga bukan amalan anti persaingan secara amnya tetapi jika peningkatan  harga tersebut merupakan hasil daripada pakatan sulit melalui perjanjian-perjanjian penetapan harga oleh mana-mana persatuan atau mana-mana kumpulan penjual, pembekal atau pengeluar, kegiatan seperti kartel ialah satu pelanggaran serius dibawah akta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

GPBSM sebelum ini mengumumkan akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus.

Presidennya, Mohd. Rofik Mohd. Yusof dipetik berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


SPAD sebelum ini memberitahu, berkuat kuasa Januari tahun depan, kuasa untuk menetapkan harga tambang bas sekolah terletak pada persetujuan antara tiga pihak iaitu ibu bapa, sekolah dan pengendali bas, manakala SPAD hanya akan berperanan sebagai pemantau keadaan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pendekatan itu diambil setelah pihaknya bersetuju untuk menghentikan peraturan penetapan harga siling tambang bas sekolah yang terpakai terhadap pengendali bas sekolah selama ini.

“Melalui pendekatan baharu ini, terpulang kepada ibu bapa, pihak sekolah dan pengendali bas untuk berbincang mengenai kadar tambang yang dimahukan,” kata beliau.

  • Lagi berita berkaitan:
  • MyCC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori