Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Duta Palestin Yakin Malaysia...

KUALA LUMPUR - Palestin berkeyakinan penuh bahawa Malaysia akan menyiasat secara menyeluruh kejadian...

Kelantan Tangguh Sidang Khas...

KOTA BHARU - Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkenaan pindaan Kanun...

Bapa Transgender Sanggup Buang...

SUDAH buang tebiat. Itu situasi yang melanda seorang lelaki transgender dari Kanada yang sanggup...

California Terbakar: Ribuan Penduduk...

GLOBAL | Kebakaran hutan di utara California, Amerika Syarikat pada Jumaat memusnahkan lebih...

Najib Jamin Cadangan Orang Ramai Bajet 2015 Diambil Perhatian

Bajet 2015 membawa cabaran kepada Malaysia untuk mengurangkan defisit, melabur pada masa akan datang dan meningkatkan daya saing perniagaan tetapi pada masa mendahulukan kepentingan rakyat, demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan itu dibuat Najib yang juga Menteri Kewangan sebelum pembentangan Bajet 2015 yang akan dilakukannya pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

Beliau berasa bersemangat untuk membentangkannya, hasil daripada maklumbalas rakyat yang diterima melalui laman web beliau www.najibrazak.com.

[BACAMB Kelantan Yakin Bajet 2015 Beri Manfaat Kepada Rakyat]

“Saya begitu bersemangat apabila menerima maklumbalas menerusi laman web saya, Facebook dan Twitter.

“Saya memberi jaminan bahawa cadangan yang anda berikan telah dipertimbangkan dengan serius ketika kami (kerajaan) merangka Bajet 2015,” kata Najib di Facebooknya.


PMBajet_1

Beliau turut memuatnaik gambar sesi mesyuaratnya bersama kakitangan untuk menyiapkan Bajet 2015 yang bakal diketahui intipatinya pada Jumaat ini.

Selain mendapatkan maklumbalas orang ramai , Majlis Konsultasi Bajet 2015 turut dibentuk untuk membincangkan berkaitan kandungannya yang bertemakan ‘Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Kemapanan Fiskal dn Mensejahterakan Rakyat’ itu. – MYNEWSHUB

Oleh  : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori