KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk insiden letupan bom di Bukit Bintang di sini awal pagi ini.
Beliau menegaskan perbuatan tidak menghormati undang-undang itu tidak akan dibiarkan.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang berlaku pagi ini di Bukit Bintang.
“Siasatan polis sedang dijalankan, dan pelaku jenayah ini akan ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Najib menerusi satu kenyataan.
(2 GAMBAR: PDRM Musnahkan Baki Bom Di Bukit Bintang – KLIK)
Seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut manakala 12 lagi cedera, termasuk pelancong asing, akibat letupan bom tangan buatan sendiri dalam kejadian 4.20 pagi di depan sebuah kelab malam di Kompleks Sun.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata letupan itu dipercayai membabitkan perebutan kawasan perniagaan oleh kumpulan kongsi gelap. – BERNAMA