Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jabatan Kehakiman AS Saman...

WASHINGTON - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman antipesaingan terhadap Google kerana...

Walau Terjatuh, KD Tetap...

Walaupun menghadapi beberapa 'dugaan' di sepanjang durasi lebih dua jam,  namun diva pop...

MH17: 22 Ogos Diisytihar...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos (Jumaat)...

Memandu ‘Mabuk’, Pengantin Didenda...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol seorang pengantin baharu didenda...

Najib Terima Anugerah Kepimpinan Islam Global

DUBAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan penerima Anugerah Kepimpinan Islam Global pada tahun ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan menerima anugerah berprestij itu daripada Pengasas Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA), Profesor Humayon Dar.

GIFA, satu daripada anugerah paling berprestij dalam perbankan Islam dan kewangan mengiktiraf pencapaian dan sumbangan individu dan institusi dalam industri perkhidmatan kewangan Islam.

Ia anjuran Edbiz Consulting yang berpangkalan di London sejak 2011.

Penerima pertama merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan penerima kedua ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.


Bekas Perdana Menteri Pakistan Shaukat Aziz menjadi penerima Laureate GIFA ketiga.

GIFA 2014 diadakan di sini pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-10 di Dubai.

Pencalonan bagi semua kategori anugerah dibuka pada Mac 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori