KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atas kematian bapanya, Abdul Kadir Muhammad.
“Takziah buat @ZambryAbdKadir dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah,” kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau.
Takziah buat @ZambryAbdKadir & keluarga atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga Allahyarham ditempatkan dlm kalangan yg beriman. Al-Fatihah
 Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 14, 2014
Allahyarham berusia 73 tahun, yang lebih dikenali sebagai Pak Karim, meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi di Hospital Desa Pangkor, Pulau Pangkor akibat serangan jantung.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar, jenazah akan disemadikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai ketua kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun dan bersara pada tahun lepas, meninggalkan tujuh anak termasuk Zambry. – BERNAMA