Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PERKESO Kompaun 14 Majikan...

KENINGAU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Keningau mengenakan kompaun terhadap 14 majikan bernilai...

Zizie Izette Rindu Mahu...

Zizie Izette mengakui dia rindukan bidang lakonan setelah lama tidak muncul di kaca...

‘Malu Besar’ Salah Tarikh...

SEORANG gadis telah membuatkan dirinya nampak sedikit bodoh selepas tersalah tarikh temuduga dengan...

Gambar: Bangla On@ni Depan...

KELU lidah kami dibuatnya apabila melihat gambar-gambar yang sungguh jijik lagi memalukan ini. Gambar...

Nicol Lakar Kemenangan Ketiga Terbuka AS

PEMAIN skuasy No.1 dunia, Nicol David mencipta sejarah apabila meraih trofi ketiganya berturut-turut pada Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Nicol menewaskan Nour El Sherbini dari Mesir 11-5, 12-10, 12-10 di Philadelphia.

Nicol merupakan pemain pertama – lelaki atau wanita – yang memenangi trofi ketiga secara berturut-turut dalam sejarah 60 tahun penganjuran kejohanan tersebut.

Terdahulu, Nicol mengatasi pencabar utamanya, Raneem El Welily untuk mara ke final Terbuka AS.


Pemain berusia 31 tahun itu berada dalam laluan mudah untuk menewaskan Raneem 11-3, 15-13, 6-11, 11-7 pada Jumaat.

Sementara itu dalam aksi separuh akhir berasingan, Nour, 18, mengatasi pemain No.6, Camille Serme dari Perancis 7-11, 11-9, 11-8, 11-8.

Juara dunia tiga kali pada kejohanan junior itu pernah menyekat kemaraan Nicol pada aksi separuh akhir Kejuaraan Dunia Wanita di Pulau Pinang, Mac lalu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori