Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Power..! Awek Tudung...

INI makan dia!Niat jahat dua lelaki mahu meragut seorang wanita yang sedang berseorangan dalam...

Video: Lelaki Tikam Wanita...

DEK kerana lamaran cintanya ditolak, seorang lelaki bertindak menikam seorang wanita berusia 21...

Peruntukan RM297 Bilion Untuk...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM297 bilion atau 18.4% daripada Keluaran...

Rundingan Terus Adalah Lumrah,...

BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan kelulusan bagi beberapa projek secara rundingan...

Nik Abduh Dedah Konspirasi Jatuhkan Majlis Syura Ulama

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui terdapat gerakan untuk menjatuhkan Majlis Syura Ulama PAS dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang .

Beliau mendakwa, gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan Majlis Syura Ulama PAS dan Abdul Hadi itu sedang diusahakan melalui satu projek konspirasi yang digerakkan oleh musuh Islam antarabangsa.

Menurutnya, musuh Islam terbabit menggerakkan konspirasi itu kerana menyedari paksi kekuatan PAS dalam perjuangannya menegakkan syariat Islam di Malaysia adalah Majlis Syura Ulama PAS dan pimpinan ulama yang diketuai Abdul Hadi.

“PAS konsisten berjuang menegakkan agama (Islam) di dalam negara. Ia telah merimaskan barat dan musuh Islam antarabangsa. Mereka mengetahui kekuatan itu berpaksi pada Majlis Syura Ulama PAS dan Presiden PAS.

“Oleh itu PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam Pakatan Rakyat. Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam,” dedahnya dalam satu kenyataan hari ini.


Justeru, Nik Mohamad Abduh menggesa semua ahli dan penyokong PAS supaya mempunyai kesedaran yang tinggi berhubung projek musuh Islam mahu menjatuhkan Majlis Syura Ulama PAS dan Abdul Hadi tersebut.

Desas desus mengenai usaha menjatuhkan kepimpinan ulama PAS iitu bermula apabila Majlis Syura Ulama :PAS membantah pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendirian Majlis Syura Ulama PAS itu bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat yang menyokong pencalonan Wan Azizah menyebabkan berlaku perbalahan dalam kalangan pemimpin dan ahli PAS.

Antara individu yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan Presiden PAS ialah Timbalan beliau, Mohamad Sabu namun beliau dalam satu sidang media baru-baru ini menafikan memasang niat untuk menjatuhkan Presiden PAS. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori