Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

#LoFattah Ungguli Anugerah MeleTop...

ANUGERAH MeleTOp Era 2017 yang melabuhkan tirainya semalamĀ menyaksikan pelakon Fattah Amin dan pengacara...

Sindiket Seleweng Diesel Bersubsidi...

Shah Alam : Empat aktiviti penyelewengan barang kawalan subsidi bahan api diesel dengan...

PRN: Pondan Teman Mesra...

KUCHING - Nampaknya memang bukan mudah untuk menjadi calon waima hanya sekadar dalam...

Jumlah Penagih Dadah Di...

PASIR PUTEH - Jumlah penagih dadah di Kelantan meningkat kepada 2,327 orang dalam...

Nombor 688 Bawa Tuah Kepada Tony, Menang Saga FLX SV

LANGKAWI – Nombor 688 membawa tuah kepada Tony Liew Ye Onn apabila memenangi hadiah sebuah kereta Proton Saga FLX SV dalam cabutan bertuah pada jambori berbasikal, Tradewind Jamboree, di sini hari ini.

Akauntan berusia 40 tahun dari Puchong, Selangor, itu, merupakan pelumba paling bertuah memenangi kereta bernilai RM38,811 untuk peserta jambori berbasikal sejauh 40km mengelilingi pulau peranginan itu.

“Saya sangat terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang. Pada awalnya saya tidak mahu menyertai jambori ini kerana tidak boleh membawa basikal menggunakan feri dan terpaksa menempah tiket kapal terbang bagi membolehkan saya membawa basikal ke Langkawi.

“Tetapi selepas mendapat kelulusan saya berjaya membawa basikal menggunakan feri. Saya tidak berharap pun untuk memenangi hadiah cabutan bertuah kerana begitu ramai penunggang basikal yang menyertai jambori kali ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya beliau dan rakannya tidak berjaya menghabiskan pusingan sejauh 40 km dan beliau hampir pulang selepas tidak menghabiskan cabaran jambori itu.

“Niat saya dan rakan-rakan memang mahu menamatkan perlumbaan tetapi kami hanya mampu mengayuh sejauh 20 km sahaja. Kawan-kawan pada masa itu sudah mengajak saya pulang ke hotel tetapi saya tidak mahu berganjak sehingga habis acara.


“Penantian saya berbaloi apabila nombor saya dipanggil untuk menerima hadiah kereta. Tambah manis apabila hadiah disampaikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Tony berkata ia merupakan kali pertama beliau menyertai jambori itu dan berharap untuk menyertai jambori itu pada tahun hadapan.

Selain kereta sebagai hadiah utama, hadiah lain yang dibawa balik oleh peserta ialah basikal, jam tangan, telefon bimbit, aksesori basikal dan hamper.

Jambori itu terbuka kepada orang ramai yang meminati acara berbasikal sebagai acara sampingan sebelum bermulanya Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014, Isnin ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori