Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Dompet Kita Tak Sebesar...

PUTRAJAYA - Kedudukan kewangan Malaysia tidak sebesar negara maju seperti Kanada yang mampu...

Deklarasi Khartoum Akhiri Perang...

KHARTOUM - Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir dan musuhnya, Riek Machar bersetuju untuk...

Bekas Pemain Tenis Nombor...

BEKAS bintang tenis dunia, Yevgeny Kafelnikov melahirkan kebimbangan terhadap anak perempuannya yang berusia 17...

Kelantan Rombak Pemain Menentang...

KOTA BHARU - Kelantan terpaksa melupakan khidmat penyerang import, Mohammed Ghaddar dan Alessandro...

Siswa Beli Nombor Plat 1 Kor Kor 1111 Harga RM2.5 Juta

Bangkok – Seorang siswa universiti berasa bertuah kerana berjaya membida nombor plat kenderaan ‘hanya’ 25 juta baht (RM2.5 juta) walaupun menyediakan peruntukan sehingga 50 juta baht bagi mendapatkannya.

Siswa jurusan undang-undang di Universiti Assumption, Thanapat Tuntisevekul, semalam menerima plat bernombor 1 Kor Kor 1111 itu daripada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Darat, sekali gus mencatat rekod bidaan tertinggi sejak amalan melelong diperkenalkan pada 2003.

Thanapat turut dibenarkan mencipta sendiri rekaan untuk nombor plat berkenaan dan memilih tajuk “Lapan Kuda di Sungai Permata” yang dipercayai menjamin tuah, kemakmuran dan keselamatan kereta berkenaan.

Dengan harga sebegitu, nilai plat berkenan mempunyai nilai 52 kali ganda daripada kereta Nissan Almera yang akan menggunakannya.

Kereta model itu biasanya berharga hanya 480,000 baht (RM48,000) di Thailand.

Hak ke atas nombor 1 Kor Kor 1111 itu boleh dipindahkan melalui jualan atau diwariskan kepada individu yang dipersetujui.

Thanapat juga dikenali sebagai James berkata, dia ditawarkan sebanyak 33 juta baht (RM3.3 juta) untuk nombor plat berkenaan namun menolaknya kerana jumlah dibayarnya tidaklah terlalu mahal.


“Keluarga saya sedia membayar 50 juta baht (RM5 juta) untuk plat ini,” katanya.

Menurut Thanapat, keluarganya mempunyai perniagaan hartanah.

Tambahnya, dia sekeluarga juga gembira wang itu akan digunakan untuk tujuan yang baik iaitu sebahagian daripada dana bagi mempromosikan keselamatan jalan raya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengangkutan Darat Asdsathai Rattanadilok Na Phuket berkata wang itu akan diserahkan kepada Dana Keselamatan Jalan untuk menjalankan kempen mengurangkan kadar kemalangan selain meningkatkan kesedaran mengenai cara pemanduan selamat.

Setakat ini lebih 320 juta baht (RM3.2 juta) berjaya dikumpulkan untuk dana berkenaan sejak bidaan seumpama itu diadakan, 11 tahun lalu.

Rekod bidaan tertinggi sebelum ini adalah untuk nombor plet Yor Ying Yor Ying 9999 iaitu 11 juta baht (RM1.1 juta). – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori