Dalam kesibukan masyarakat India membuat persiapan menyambut ketibaan Pesta Cahaya esok, sebuah video pendek, ‘Nothing Greater Than Being Malaysian’ yang memaparkan kepetahan seorang warga emas Melayu fasih berbahasa Tamil, membawa kegembiraan kepada komuniti Internet dan media sosial.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan merupakan seorang daripada mereka yang memuat naik video itu, sejak 13 Oktober lalu yang dikongsi 22 kali dan menerima 49 ‘Like’ di akaun Facebooknya.
Dalam video ini seorang pemilik gerai berusia 75 tahun, Jamil Mohd Yusuf yang fasih berbahasa Tamil, bercerita tentang cinta zaman dahulu dan sekarang.
“Melayu, Cina dan India dahulu hidup macam satu keluarga. Kita berkongsi manis dan pahit, lebih-lebih lagi bila ada perayaan suatu kaum, kita merayakan bersama-sama… gembira betul.
“Ibarat kasih sayang antara ibu dan anak, tetapi sekarang lebih kepada kenalan,†katanya dalam bahasa Tamil.
Ucapan Pakcik Jamil yang spontan dan bersahaja itu sarat dengan mesej yang sangat bermakna dan beliau layak kami gelarkan sebagai ‘Rakyat Malaysia Tulen’.
Syabas Pakcik Jamil dari kami di MYNEWSHUB.
Oleh: hzqahmd