PENYANYI kelahiran Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nubhan, 28, dilaporkan telah melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, di kediaman keluarga Afifah di Seremban 2, semalam.
Bakal isteri Nubhan merupakan seorang penuntut dalam jurusan pergigian di sebuah universiti di Mesir.
Nubhan menyatakan dia merancang untuk berkahwin dalam tempoh setahun lagi kerana mahu Afifah menamatkan pengajiannya terlebih dahulu.
“Kami rancang bernikah dalam tempoh setahun lagi. Ikutkan lagi cepat lagi elok tapi dalam masa yang sama dia (tunang) perlu melunaskan baki pengajian setahun lagi di Mesir,” katanya memetik BH online.
Tahniah diucapkan buat Nubhan dan tunangannya yang kelihatan serba manis dalam persalinan ‘light pink’ pada majlis tersebut. – MYNEWSHUB
Oleh: AUDREY LEE