Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

“Salah Ke Ambil Gambar...

BARU-BARU ini ikon fesyen terkenal, Wak Doyok memuat naik sekeping gambar koleksi kasut...

Parti Amanah Dakwa PAS...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa PAS mempergunakan Himpunan Fastaqim di...

Perlis Tangguh Solat Jemaah,...

PERLIS menjadi negeri kedua menangguhkan solat jemaah dan solat Jumaat di masjid negeri...

Kelambu Cegah Jangkitan Malaria...

LONDON - Sekumpulan ahli sains berjaya mencipta sejenis kelambu yang mampu menghalang serangan...

Op Dadu: 364 Individu Ditahan Sejak Empat Hari

SEPANG – Sebanyak 364 individu ditahan dalam 3,665 serbuan Op Dadu di seluruh negara sejak ia dilancar empat hari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis turut merampas 3,015 mesin judi berkomputer dalam operasi berkenaan.

“Tindakan berterusan dengan mengadakan operasi bersepadu bersama pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan dan Tenaga Nasional Berhad menunjukkan polis serius menangani aktiviti berkenaan,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)di sini, hari ini.

Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan menggempur habis-habisan kegiatan perjudian haram di seluruh negara dalam menghapuskan jenayah itu hingga ke peringkat akar umbi.

Katanya, arahan melancarkan ‘peperangan’ terhadap pengusaha mesin judi dikeluarkan kepada semua ketua polis negeri.


Khalid juga memberi tempoh seminggu kepada semua ketua polis negeri menyelesaikan isu mesin judi.

Sehubungan itu, Mohmad turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang terlibat dan bersekongkol dengan kegiatan haram itu.

“Polis yakin tempoh operasi yang masih berbaki dua hari dapat digunakan sebaik mungkin untuk membanteras mesin perjudian haram di seluruh negara,” tegasnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori