Hah berita ini pasti boleh membuatkan para wanita tersenyum-senyum membacanya.
Jika di Malaysia ramai yang menggilai Khairy Jamaluddin gara-gara beliau merupakan menteri yang kacak dan muda, lihat pula wajah Menteri Kesihatan Awam Dan Sukan Sweden di bawah.
Gabriel Wikström, 29, baru sahaja dilantik sebagai menteri baru-baru ini.
Namun, kerana wajahnya yang kacak dan usianya yang masih muda beliau sering mendapat lebih perhatian dan menerima banyak luahan cinta para gadis.
Ramai yang kagum dengan kebolehannya dalam usia muda hingga beliau mempunyai kelab peminat sendiri.
Dilahirkan pada 21 Februari 1985, Gabriel memulakan kerjaya dalam bidang politik sejak berusia 21 tahun.
Sebelum ini dia pernah dilantik menjadi ahli majlis tempatan untuk parti Sosial Demokrat di Västerås, dan menjadi ketua organisasi pemuda parti itu dari tahun 2011 hingga dilantik menjadi menteri tahun ini.
Gambarnya sering viral di laman-laman sosial malah seorang wanita dari Turki turut memujinya dan berharap beliau dijadikan contoh dan inspirasi kepada anak-anak muda di negara itu untuk terlibat dalam politik.
Alahai memang kacaklah menteri Sweden ini ye dak? Dengar-dengarnya beliau masih belum berkahwin.
Haa… lagilah korang tersengih tu kan! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Farah R