Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Joy Fail Bubar Pernikahan...

KEPINCANGAN rumah tangga penyanyi kerohanian Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa, kini di...

Zeise Sasar Tiga Mata...

YANGON - Tuan rumah bersama, Myanmar, hanya menyasarkan kemenangan apabila menentang Kemboja dalam...

Caj Guna Air Bagi...

SUNGAI BESAR - Cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengenakan Caj Abstraksi Air bagi...

Wanita Ditahan Reman 4...

ALOR SETAR - Seorang wanita dipercayai terlibat dengan penemuan mayat bayi perempuan dikerat...

P.Pinang Tidak Terlibat Dalam Isu Soalan UPSR 2014 Bocor

GEORGE TOWN – Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Datuk Osman Hussain yakin guru-guru di negeri ini tidak terlibat dalam isu kebocoran soalan peperiksan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Beliau berkata lima orang guru di Pulau Pinang yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes berkenaan telah dilepaskan selepas keterangan diambil.

“Siasatan di Pulau Pinang sudah selesai dan pihak berkuasa telah memeriksa semua guru di sini dan tiada bukti yang kukuh ia bocor di sini. Di Pulau Pinang ‘clear’ tak ada kes pertama kali bocor, maknanya kes ini di tempat lain. Biar polis buat siasatan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, di sini hari ini.

Sebelum ini soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatal dan ditangguhkan kerana berlaku kebocoran.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept lepas sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.


Pada 21 Sept lepas polis menerima laporan mengenai kebocoran dua lagi kertas peperiksaan UPSR iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof kemudiannya berkata ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 ditetapkan pada hari ini.

Osman berkata beliau berpuas hati dengan komitmen guru-guru di negeri ini yang sentiasa memastikan kecemerlangan anak murid mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori